Pengikut

Rabu, 21 Mac 2012

1001 Tafsir Mimpi Mengenai Pelbagai Macam Peralatan

Bermimpi seorang wanita membuka almari pakaian.
Maknanya : Akan hidup serba cukup.

Jika bermimpi duduk atau berdiri diatas atap rumah.
Maknanya : Menunjukkan keinginannya akan tercapai.

Jika bermimpi diatas atap tersebut mempunyai teman (tidak sendirian).
Maknanya : Akan menemui seorang teman yang boleh diajak bekerjasama untuk kebaikan.

Jika bermimpi melihat balon.
Maknanya : Rencana anda selama ini tidak memberikan kepuasan.

Jika bermimpi melihat arak dalam kuali atau belanga.
Maknanya : Akan menemui kegembiraan.

Jika bermimpi bermain-main dengan batu kerikil.
Maknanya : Akan lekas terhindar daripada kesusahan.

Jika bermimpi menggunakan benang.
Maknanya : Suatu tanda yang baik dalam pekerjaan anda sekarang.



Jika bermimpi memilih benang.
Maknanya : Bahagia akan segera mendatangi anda.

Bermimpi memasukkan benang kedaalam jarum.
Maknanya : Jika datang kesusahan, maka dengan mudah akan dapat anda atasi.

Jika bermimpi melihat atau mendengar suara loceng atau hon.
Maknanya : Kemungkinan bahaya akan datang, anda mesti berhati-hati.

Jika bermimpi bekerja sebagai tukang besi.
Maknanya : Akan mengalami suatu pekerjaan yang berat tetapi berkat kesabaran anda, akan berjaya mengharunginya.

Jika bermimpi mendengar suara biola.
Maknanya : Akan mengambil bahagian dalam suasana yang menggembirakan anda.

Bermimpi melihat anak patung/boneka.
Maknanya : Akan memperolehi kemakmuran.

Jika bermimpi bermain-main dengan sebuah atau banyak anak patung.
Maknanya : Rumah tangga anda akan teratur dengan sempurna, dan kehidupan anak2 (jika punya anak) akan menggembirakan anda.

Bermimpi melihat buaian dengan seorang anak didalamnya.
Maknanya : Akan mendapatkan pekerjaan yang boleh diharapkan.

Bermimpi membaca buku karangan sendiri.
Maknanya : Jangan risau tentang lamaran pekerjaan yang sudah anda lakukan, kelak akan berjaya.

Bermimpi bermain dadu.
Maknanya : Anda akan menghadapi kesukaran jika tidak segera bertukar kerja.

Jika bermimpi melihat atau menggunakan sauh.
Maknanya : Rezeki tidak tetap, sentiasa dalam kesempitan.

Jika bermimpi membawa baldi, baik berisi air ataupun tidak.
Maknanya : Akan berjaya dalam pekerjaan atau usaha anda selepas beberapa lama mengalami kesukaran.

Jika bermimpi melihat orang menjinjing baldi kosong.
Maknanya : Hendaknya anda segera merubah hidup atau kerjaya yang sesuai dengan kemampuan anda.

Jika bermimpi melihat jam dinding atau loceng dinding.
Maknanya : Anda seorang yang amat tertib dan sistematik dalam mengatur pekerjaan.

Jika bermimpi menggunakan garpu semasa makan.
Maknanya : Akan menghadapi rumah tangga yang tenang.

Jika bermimpi melihat perarakan kompang atau gendang.
Maknanya : Rezeki akan datang jika berniaga, jika makan gaji maka akan naik gaji.

Jika bermimpi anda sendiri yang memukul gendang atau kompang.
Maknanya : Cinta anda akan segera berjaya.

Jika bermimpi melihat golok atau parang ditangan seseorang.
Maknanya : Akan mengalami sedikit kesukaran dalam soal kewangan.

Bila bermimpi anda sendiri yang memegang parang atau golok.
Maknanya : Akan dipilih menjadi ketua yang hebat.

Jika bermimpi mendengar suara gong.
Maknanya : Akan memperolehi kemuliaan dari masyarakat.

Jika bermimpi suara gong hanya mengejutkan anda.
Maknanya : Saingan2 anda sedang mencari cara untuk menjatuhkan anda.

Bermimpi menggunakan gunting.
Maknanya : Dalam tempo yang singkat anda akan dapat mengunjungi suatu tempat dan seorang sahabat baru menanti.

Jika bermimpi anda melihat keranjang atau bakul yang penuh berisi sedang dijinjing.
Maknanya : Akan mendapatkan kesempatan yang baik.

Jika bermimpi anda sendiri yang menjatuhkan keranjang atau bakul.
Maknanya : Akan membuat suatu kesalahan yang dipandang orang sebagai merugikan.

Bermimpi melihat sebuah kotak kosong.
Maknanya : Anda mempunyai bakat yang boleh menguntungkan tetapii anda masih segan untuk mengerjakannya.

Jika bermimpi menjatuhkan sebuah kendi.
Maknanya : Akan memperolehi kesukaran hidup.

Jika bermimpi anda minum dikendi.
Maknanya : Anda akan hidup serba cukup.

Jika bermimpi seseorang memainkan kecapi.
Maknanya : Akan mendengar sebuah berita penting.

Jika bermimpi anda sendiri yang bermain kecapi.
Maknanya : Akan merasa beruntung dan akan memberikan khabar baik kepada orang yang dicintai.

Bermimpi kehilangan kunci.
Maknanya : Akan mengalami kerugian.

Bermimpi duduk dikerusi.
Maknanya : Seorang bayi akan lahir.

Jika bermimpi melihat deretan kerusi.
Maknanya : Rancangan anda akan segera berjaya.

Jika bermimpi duduk dikerusi malas atau kerussi goyang.
Maknanya : Akan mencapai kejayaan yang besar dalam pekerjaan.

Bermimpi melihat atau bermain layang-layang.
Maknanya : Suatu rancangan yang akan dikerjakan tidak akan berjaya.

Jika bermimpi melihat lampu dijendela.
Maknanya : Akan berjaya.

Bermimpi memegang lampu.
Maknanya : Akan mendapat berita gembira.

Jika bermimpi melihat lemari besi.
Maknanya : Pelaburan yang anda buat pada masa lalu akan menolong dihari-hari mendatang.

Jika bermimpi memakai lencana, medal atau bintang kehormatan.
Maknanya : Akan mendapatkan kehormatan dari kawan2, tetangga atau rakan kongsi.

Jika bermimpi mengenakan lencana, medal atau bintang kehormatan pada orang lain.
Maknanya : Akan menerima khabar baik atau mendapat berita gembira.

Jika bermimpi melihat lilin menyala.
Maknanya : Akan berbahagia dalam cinta.

Jika bermimpi sedang memegang lilin ditangan.
Maknanya : Ada seseorang yang akan mempengaruhi keputusan anda dalam soal kehidupan untuk memesongkan  fikiran anda.

ika bermimpi melihat lilin mati ditiup angin.
Maknanya : Akan mengalami malapetakaa seperti kematian ahli keluarga, atau sahabat atau sanak saudara.

Bermimpi melihat magnet.
Maknanya : Anda mempunyai peribadi yang kuat dan menarik terutama dalam bisnis dan cinta.

Bermimpi melihat sebuah ketuk besi.
Maknanya : Mesti berwaspada terhadap mulut orang yang suka membawa bencana.

Jika bermimpi diberi medal, lenccaana atau bintang oleh orang lain.
Maknanya : Akan mendapat kejayaan dalam hidup anda.

Jika bermimpi anda memberi hadiah kepada orang lain.
Maknanya : Anda seorang yang pandai bergaul dan menghargai orang lain.

Jika bermimpi melihat meja (satu atau banyak).
Maknanya : Akan memperolehi kebahagiaan yang harmoni.

Bermimpi mendengar suara tembakan meriam.
Maknanya : Akan mendengar suatu berita yang mengejutkan, berita buruk atau berita baik.

Jika bermimpi melihat obor dalam perarakan.
Maknanya : Akan menghadapi kehidupan yang memberangsangkan dan membahagiakan.

Jika bermimpi memukul paku.
Maknanya : Akan berjaya dalam usaha/bisnis untuk lelaki daan dalam cinta untuk wanita.

Jika bermimpi melihat paku atau melihat kuku.
Maknanya : Akan menerima harta warisan yang tidak disangka-sangka.

Bermimpi melihat panah yang terbang diudara.
Maknanya : Akan sakit hati kerana mulut orang.

Jika bermimpi memanah binatang liar.
Maknanya : Seorang kawan yang cemburu dan menyusahkan hidup anda tetapi anda tidak akan tergoyah.

Jika bermimpi memburu binatang jinak.
Maknanya : Akan menerima khabar baik.

Jika bermimpi mengisi pasu dengan air atau cecair lainnya.
Maknanya : Akan menikmati kehidupan yang pebuh gembira.

Jika bermimpi melihat pasu yang pecah.
Maknanya : Akan mengalami kekecewaan.

Jika bermimpi belajar menjadi nakhoda/mengemudikan kapal atau cara menggunakan sauh kapal atau perahu.
Maknanya : Akan bertemu dengan orang penting yang kelak dapat menolong anda.

Bermimpi memegang sebuah pemukul dram.
Maknanya : Akan berjaya dalam cinta.

Jika hanya melihat pemukul dram.
Maknanya : akan banyak rezeki.

Jika bermimpi memegaang jarum, pin atau peniti.
Maknanya : Akan ada seseorang yang ingin menjatuhkan kerjaya atau mengganggu ketenteraman rumahtangga anda.

Bermimpi melihat permaidani.
Maknanya : Banyak keberuntungan.

Jika bermimpi menyapu atau membersihkan permaidani.
Maknanya : Kehidupan anda penuh dengan kebahagiaan.

Bermimpi meneliti atau melihat sebuah peta.
Maknanya : Akan ada rancangan untuk berjalan jauh.

Bermimpi membuat atau melukis peta.
Maknanya : Akan berpindah tempat atau naik pangkat lagi.

Jika bermimpi meletak barang-barang dalam peti.
Maknanya : Ada rancangan untuk berpindah ketempat lain.

Bermimpi melihat pinggan baru yang bersih.
Maknanya : Rezeki tidak purtus2.

Jika bermimpi membeli pinggan.
Maknanya : Akan segera berkahwin.

Jika bermimpi melihat pintu rumahnya terbuka.
Maknanya : Perjaalanan anda akan berjaya.

Jika melihat pintu rumah tertutup, tak kisahlah dari bahagian mana anda melihatnya.
Maknanya : Akan gagal.

Jika bermimpi melihat pingga2 berselerak diatas meja (bagi pengantin baru).
Maknanya : Baik, akan bergembira.

Jika bermimpi memegang atau melihat pisau.
Maknanya : Akan terjadi pertikaian antara suami isteri.

Jika bermimpi melihat pisau cukur.
Maknanya : Akan beruntung dalam bisnis dan sosial.

Jika bermimpi bercukur dan terluka.
Maknanya : Berhati-hati, kemungkinan ada perbuatan anda yang akan membinasakan anda sendiri.

Bermimpi mengambil gambar orang atau pemandangan.
Maknanya : Kesempatan yang baik untuk meneruskan cita2.

Jika bermimpi menulis dengan pensil atau melihat pensil.
Maknanya : Akan mendapat banyak wang.

Bermimpi dirantai.
Maknanya : Akan mengalami kesukaran hidup.

Jika bermimpi menembak dengan pistol dan kena pada sasarannya.
Maknanya : Kemajuan dalam hidup.

Bermimpi melihat roda berpusing.
Maknanya : Akan berjaya dalam pekerjaan.

Semakin lama semakin laju putarannya.
Maknanya : Semakin besar kejayaan anda.

Jika bermimpi memegang sabit.
Maknanya : Akan gagal dalam cinta.

Bermimpi mengumpulkan senjata.
Maknanya : Suatu masalah yang sukar akan datang.

Jika bermimpi memegang senapang.
Maknanya : Akan menerima berita buruk.

Mendengar suara senapang dalam mimpi.
Maknanya : Akan mendapatkan pekerjaan yang lebih baik jika berhijrah tempat kediaman keluar kota.

Jika bermimpi anda sendiri yang meniup seruling.
Maknanya : Berjaya dalam segala usaha.

Jika bermimpi seruling pecah.
Maknanya : Akan kehilangan sahabat karib.

Jika bermimpi memusing tali sehingga menjadi bulat.
Maknanya : Berjaya memecahkan masalah yang rumit.

Jika bermimpi terikat dengan tali.
Maknanya : Sedang diincar seseorang untuk menjatuhkan anda.

Jika bermimpi melihat, menjual atau memegang kemah.
Maaknanya : Akan mengalami perubahan hidup yang lebih baik.

Jika bermimpi melihat tinta tulisan warna apa sahaja.
Maknanya : Akan ada yang salah faham dengan anda.

Jika bermimpi minum dicawan.
Maknanya : Akan kaya zahir batin.

Jika bermimpi melihat, memegang atau minum dicawan pecah atau retak.
Maknanya : Akan menerima berita buruk.

Bermimpi mencangkul dan isinya penuh.
Maknanya : Akan dapat rezeki yang banyak.
Kalau isinya sedikit : Sebaliknya.
Kalau cangkul patah : Gagal.

Bermimpi melihat tong yang penuh.
Maknanya : Akan bergembira selalu.

Bermimpi berada dibelakang tong.
Maknanya : Akan mendapat tempat yang kurang layak.

Bermimpi melihat dapur baru atau periuk baru.
Maknanya : Akan memperolehi bekalan makanan yang melimpah.

Bermimpi melihat pisau diletakkan dikatil dalam sebuah rumah.
Maknanya : Isteri atau suami akan membuat bencana yang tidak diingini walaupun tidak menggugat kerukunan rumahtangga.

Bermimpi duduk dikerusi jika isteri sedang hamil.
Maknanya : Akan segera melahirkan anak.